Tuesday, 6 December 2011

otak kanan atau otak kiri??

binatang ataupown manusia maseng2 di ciptakan mempunyai otak..just yg membezekan manusia n binatang adelah "akal".otak manusia mempunyai 100 milion masing2 terkait 10 ribu saraf yg len..otak manusia nie cm motherbord la gak.ade kelajuan(RAM),kesesuain penggunaan(kegunaan progmer n sebagainye)..Dan otak kite terbahagi pd 2..otak kiri n otak kanan.kedua2 blah otak nie mempunyai kemahiran n cre berfikir yg berbeza..bahagian kanan memproses maklumat dengan cepat n pantas.melewati ruang dimensi fizikal n tanggapan yg tepat...otak kiri lak memproses  dengan cara yg berbeza tetapi dlm bentuk lisan yg lebih kompleks berbentuk analisa.
bile seseorg tu dominan kpd otak kanan..so kite leh lihat org 2 lebih cendrong mjdi kidal atau lebih aktif bahagian tubuh sebelah kiri..

Otak belahan kiri


Otak kiri dicirikan dengan sifat-sifat yang berhubungan dengan kemampuan analisis, logik, urutan, objektif dan rasional. Dengan sifat-sifat ini, orang yang dominan menggunakan otak kiri cenderung memiliki pendekatan rasional terhadap kehidupan.


Orang yang dominan otak kiri akan lebih tertarik dengan angka, kata-kata atau simbol. Dengan cara berfikirnya yang logik dan rasional, individu dengan dominan otak kiri cenderung melakukan kemampuan analisa dengan baik. Misalnya dalam bidang teknik atau akauntan.


Orang dengan dominan otak kiri berpengalaman dalam perencanaan, dan orang ini jarang sekali melakukan persiapan di saat-saat terakhir.

Otak belahan kanan

Di sudut lain, sifat-sifat yang berkait dengan otak kanan adalah intuisi, subjektif, holistik (secara menyeluruh) dan sintesis. Dengan sifat-sifat ini, orang yang dominan dengan otak kanan cenderung lebih kreatif berbanding orang yang dominan otak kiri.


Kenyataan bahawa orang dengan dominan otak kanan lebih cenderung menyukai aspek visual, sehingga orang-orang tersebut jarang menganalisis masalah secara terperinci.


Individu dengan dominan otak kanan cenderung lebih kreatif dan intuisi, baik di bidang seni yang kreatif, mahupun di bidang-bidang lainnya. Individu tersebut memiliki waktu yang tepat untuk mengutamakan hal-hal yang penting, kerana sebahagian besar keputusan yang dibuat pada saat terakhir.


Jika dua individu diberikan beberapa permasalahan, satu dengan dominan otak kanan dan yang lainnya dengan dominan otak kiri, orang dengan dominan otak kanan akan mulai bekerja tanpa melalui panduan manual. Sedangkan individu dengan dominan otak kiri akan melakukannya melalui manual, memahami konsep, baru kemudian menangani masalah tersebut.

nk taw x korang nie lebih cendrong menggunakan otak mane???
 lakukan seperti gambarajah di bawah untuk mengetahui korang gne otak belah mane

lakukan seperti gambarajah di atas..

jari manakah korang lebih selese??sebelah kanan di ats or sebelah kiri di ats?
jika jari kanan di atas lebih selesa ini bermakne korang lebih cendrong menggunakan otak kiri...dan jika jari kiri di ats lebih selese..bermakana korang lebih cendrong menggunakan otak kanan..


No comments: